Monday, 30 December 2013

Bicara Aku dan Dia

Sedang aku berbaring memandang siling bilik yang dihiasai sawang. Sambil memikirkan masa depan dan segala rahsia yang tersembunyi di dalam rahsia. Kenapa Kau berahsia..? Tanya aku.. Tiba-tiba terdetik di hati untuk bangun dan berbicara dengan Dia.

Dalam bicara itu, aku bertanya dan meminta..

Mintak rezeki, Dia kata 'sampai masa nanti Aku bagi'..

Mintak bini, Dia kata 'rilek dulu,ada la nanti'..

Mintak mati, Dia kata 'jangan..keja tak abeh lagi'..

Tanya Dia pasaipa lagu tu..?

Dia kata 'Aku suka tengok hang bedoa menangeh dan merayu..
Baru la hang sentiasa dekat dengan Aku'..

Tersenyum.. Rasa kecik, bara, dan lawak pon ada dalam hati yang sayu ni..
Paham..aku paham.. Redha meredhai.. Penyerahan.. Nafi duniawi..

Kali ni.. Mintak cinta Dia, Dia kata 'Ya..Aku akan bagi.. Tapi pertama..carilah Aku.. Sampai kenai dan berjumpa.. Maka dengan itu, akan Aku buka segala rahsia.. Dan akan Aku lahirkan cinta, cinta Maha Agung pada kekasih awal dan akhir.. Rasa bersama cinta yang tiada penghujungnya'..

Menitik ayaq mata.. Selop... T.T