Friday 27 May 2011

Wonders of the World

Assalamualaikum sahabat yang dirahmatiNya..dan Salam Sejahtera sekalian kafara...

Pagi ni aku celik saja mata terus aku terbayang tempat2 yang dikatakan 'wonder' ni...rasa macam nak pergi bercuti kat sana la pulak, nak pergi bercuti xbole, so arini kita sembang2 skit la tentang 'Wonder of the World' ni,kurang2 kita dapat share sedikit knowledge yang berguna,daripada dok jadi bodo ja sebelum2 ni...hahaha...

The Great Pyramid of Giza
okay,1st mai kita ushar2 skit The Great Pyramid of Giza...apa ada dengan Pyramid ni?wonder sangat kah...?
The Great Pyramid of Giza adalah pyramid yang tertua dan terbesar daripada tiga pyramid yang ada di Necropolis Giza dan merupakan satu-satunya bangunan yang masih menjadi salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dipercaya bahawa pyramid ini dibangunkan sebagai makam untuk Firaun dinasti keempat Mesir,Khufu(Χεωψ, Cheops) dan dibangun selama lebih dari 20 tahun dan diperkirakan berlangsung pada sekitar tahun 2560 SM. Pyramid ini kadang-kadang disebut sebagai Pyramid Khufu.

Piramid Besar Khufu (Khufu) terdiri daripada sejumlah 2.5 juta blok batu. Andaikan jika sepuluh blok diletakkan setiap hari-yang akan memerlukan usaha besar  dari para pekerja - maka ianya akan memakan masa selama 684 tahun untuk meletakkan semua 2.5 juta blok. Namun ia dibina dalam anggaran hanya 20 hingga 30 tahun . Hanya ini pengiraan yang mudah menunjukkan bahawa ketika membina piramid, orang Mesir menggunakan teknologi yang sangat berbeza dan unggul.

Pyramid ini siap dibina sekitar tahun 2560 BC. Pembandtu Firaun, Hemon, atau Hemiunu, dipercaya sebagai arkitek yang membina Pyramid Agung ini...
sedikit fakta mengenai Pyramid Giza :

- Sudut Piramid Besar membahagi daerah delta Sungai Nil menjadi dua bahagian yang sama. 
- Tiga piramid Giza telah diatur sedemikian rupa sehingga membentuk sebuah segitiga Pythagoras, dengan skala 03:04:05. 

- Ukuran antara tinggi dan lingkar piramid adalah sama dengan  antara jari-jari lingkaran dan ukurlilitnya 

- Piramid Besar adalah juga merupakan jam matahari gergasi. Bayang-bayang yang muncul antara pertengahan Oktober dan awal Mac mencerminkan musim dan panjang tahun. Panjang plat batu di sekitar piramid adalah setara dengan panjang bayangan satu hari. 

- Panjang ukurlilit normal dasar persegi piramid adalah sama dengan 365,342 meter Mesir (unit ukuran dari masa). Ini sangat dekat dengan jumlah hari dalam setahun matahari (yang telah dikira pada 365,224 hari). 

- Jarak antara Piramid Besar dan pusat Bumi adalah setara dengan  antara piramid dan Kutub Utara. 

- Dalam piramid, perimeter dasar dibahagikan dengan dua kali kemuncaknya dengan nombor Pi. 

- Jumlah luas permukaan dari empat sisi piramid sama dengan persegi ketinggian.

image of The Great Pyramid of Giza yang diambil dari sattelite

Jika seseorang berhasrat untuk membina Piramid :

Pada tahun 1978, Indiana Limestone Institute of America, Inc. - antara peneraju dunia dalam bidang batu kapur - menjalankan kajian yang merangsang pemikiran untuk mengetahui apakah saiz tenaga kerja dan apakah bahan yang diperlukan untuk membina piramid yang sama seperti Piramid Giza. Pegawai syarikat tersebut menjelaskan cabaran yang ada, dan maklum bahawa jika purata pengeluaran hari ini ditambah tiga kali ganda, penggalian, pembuatan dan penghantaran batu kapur sebanyak itu akan mengambil masa lebih kurang 27 tahun. Tambahan pula, semua pekerjaan ini dijalankan dengan menggunakan teknologi moden Amerika - dengan kata lain, penukul hidraulik dan gergaji elektrik bermata kristal. Usaha yang amat banyak diperlukan untuk melombong dan menghantar batu kapur, tidak termasuk ujian makmal yang diperlukan untuk pembinaan piramid, juga tidak termasuk kerja-kerja persediaan yang lain. Pedih.......tak payah la berangan nak bina piramid, pi mampoih la...

Great Wall Of China
Ok...kedua yang aku rasa wonder sangat ni adalah Great Wall of China...gila khinzir punya besar la tembok ni, nampak macam penat ja nak bina tembok ni...yang ni memang wonder la, memang rare abes...

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga keTeluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt) - gilaaaaa...Perlis pi Singapore pon tak sampai 2000km pa..

Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-13 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman-zaman Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Sekali tengok pon dah rasa penat nak berjalan kat tembok ni. kalo berjalan kt sini pasti buku lali tercabut,kepala lutut hancoq,peluh kering...
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.


-info diambil dari wiki-

No comments:

Post a Comment